PMPP Constitution Print E-mail
Written by hhchai   
Saturday, 12 April 2008 17:17

(In Bahasa Malaysia)

1.    NAMA
Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Memancing Pulau Pinang (selepas ini disebut ‘Pertubuhan’.

2.    ALAMAT BERDAFTAR
a.    Alamat berdaftar Pertubuhan ini ialah 34, Jalan Pinhorn, 11600 Pulau Pinang atau di tempat lain atau tempat yang akan ditetapkan dari masa ke masa, dan alamat untuk surat-menyurat ialah seperti yang tersebut sebelum ini.

b.    Alamat berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3.    DEFINISI
Dalam undang-undang ini:-
“Pertubuhan” bermakna
PERSATUAN MEMANCING PULAU PINANG

Jawatankuasa Tertinggi

”Jawatankukasa Tertinggi bermakna Jawatankuasa Tertinggi yang dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan untuk menguruskan segala aktiviti Pertubuhan.

Ahli

“Ahli” bermakna seseorang individu yang telah membuat permohonan secara bertulis untuk menjadi ahli dan telah diluluskan permohonannya dan sanggup menurut segala undang-undang dan juga peraturan Pertubuhan. “Ahli” termasuk Ahli Biasa, Ahli Kehormat, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Muda.

4.    MATLAMAT
Pertubuhan hendaklah:-

a.    Menyusun dan menyelaras segala kegiatan dalam lapangan sukan memancing ikan, dan segala aktiviti lain yang memerlukan kerja berpasukan dan tataterbib diri di mana dapat membantu pembangunan semangat “espirit de corps” di kalangan ahli-ahli dan kelab-kelab yang bergabung dan seterusnya meluaskan pandangan mereka;

b.    Menggalakkan dan menganjurkan sukan memancing sebagai suatu rekreasi yang giat melalui pertandingan-pertandingan di peringkat tempatan dan juga nasional;

c.    Menggalakkan dan menganjurkan lawatan-lawatan memancing di dalam Negeri sebagai aktiviti rekreasi;

d.    Mewujudkan perjanjian, persefahaman dan kerjasama dengan Persatuan-persatuan di Malaysia dan menikmati keistimewaan dan kemudahan yang ditawarkan oleh persatuan-persatuan tersebut;

e.    Berusaha untuk mengenalpasti dan mengekalkan tempat-tempat memancing serta memperjuangkan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan memelihara alam sekitar; terutamanya untuk perlindungan ekoloji tempat-tempat memancing;

f.    Membeli, meminjam atau dengan pertukaran, menyewa harta benda yang boleh dipindah atau tidak boleh dipindah, serta mana-mana hak atau keistimewaan yang dianggap perlu atau mudah untuk tujuan Pertubuhan dan memperbaiki, memperkembang, mengurus, menjual, memberi pinjam, memajak, melabur, dijadikan kira-kira semua atau sebahagian harta benda Pertubuhan tersebut.

5.    AHLI PERTUBUHAN DAN SYARAT KEAHLIANNYA
a.    Ahli Pertubuhan ini terdiri dari Ahli Biasa, Ahli Kehormat, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Muda. Setiap jenis ahli mempunyai kelayakan kemasukan, bayaran yuran, hak mengundi dan keistimewaan yang berlainan.

b.    Setiap Ahli Biasa, Ahli Kehormat dan Ahli Seumur Hidup mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tinggal di Pulau Pinang.

c.    Seseorang yang telah didaftarkan keahliannya di dalam Daftar Ahli, terus menajdi ahli sehingga ianya berhenti menjadi ahli, dibuang atau diberhentikan keahliannya atau meninggal dunia. Seseorang yang telah diberhentikan keahliannya tidak layak menjadi ahli semula melainkan dengan kelulusan Jawatankuasa Tertinggi.

d.    Keluarga Ahli

Isteri atau suami yang sah Ahli boleh menggunakan segala kemudahan yang ada di rumah Pertubuhan dan dibenarkan mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan Pertubuhan (terkecuali yang dinyatakan atau ditetapkan terdahulu) dan mereka yang tertakluk kepada segala peraturan dan undang-undang Pertubuhan dan sekiranya ada perlanggaran sebarang peraturan atau undang-undang, Ahli berkenaan bertanggung-jawab ke atasnya. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan ke atas isteri/suami Ahli yang menggunakan kemudahan rumah Pertubuhan selepas pendaftaran dibuat di dalam Buku Daftar berkaitan.

e.    Semua anak-anak Ahli yang berumur kurang dari lapan belas (18) tahun berhak menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di dalam rumah Pertubuhan dan mengambil bahagian di dalam kegiatan Pertubuhan melainkan ada larangan bertulis di buat. Mereka juga dikecualikan daripada sebarang pembayaran ke atas penggunaan kemudahan-kemudahan berkaitan selepas pendaftaran di dalam Buku Daftar berkaitan. Ahli berkenaan akan bertanggung-jawab ke atas perlanggaran sebarang peraturan atau undang-undang Pertubuhan.

f.    Anak-anak Ahli layak menjadi Ahli Biasa Pertubuhan jika ianya melebihi umur lapan belas (18) tahun dan ianya tidak akan dikenakan bayaran kemasukan apabila permohonannya dibuat secara bertulis dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi.

6.    JENIS KEAHLIAN
a.    Seseorang individu yang bermastautin atau bekerja di Malaysia layak menjadi Ahli Biasa dalam Pertubuhan ini. Beliau bolehlah membuat permohonan melalui boring yang disediakan dan jika diluluskan keahliannya oleh Jawatankuasa Tertinggi akan terus menjadi Ahli Biasa sehingga ianya berhenti, meninggal dunia atau diberhentikan keahliannya oleh sebab-sebab melanggar peraturan atau undang-undang Pertubuhan. Nama Ahli ini mesti dimasukkan ke dalam Daftar Ahli.

b.    Ahli Kehormat

Yang berikut layak untuk dijemput menjadi Ahli Kehormat Pertubuhan ini:-

i.    Sesiapa yang telah memberi khidmat kepada Pertubuhan.
ii.    Sesiapa yang telah memberi sumbangan kepada rekreasi, pelajaran, memancing dan pemeliharaan hidupan laut;
iii.    Sesiapa yang dicadangkan oleh tidak kurang dari 6 orang Ahli Jawatankuasa;
iv.    Mereka yang pernah berjasa kepada Pertubuhan dan dikemukakan namanya oleh Jawatankuasa Tertinggi dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

c.    Ahli Seumur Hidup

Seseorang individu yang bermastautin atau bekerja di Malaysia layak menjadi Ahli Seumur Hidup dalam Pertubuhan ini. Beliau bolehlah membuat permohonan melalui boring yang disediakan dan jika diluluskan keahliannya oleh Jawatankuasa Tertinggi dan jika ia menjelaskan segala bayaran yuran berkaitan, namanya bolehlah dimasukkan ke dalam Senarai Ahli-ahli seumur Hidup sehingga mana ia berhenti atau diberhentikan keahliannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan di atas sebab melanggar Peraturan dan/atau Undang-undang Pertubuhan. Ahli Seumur Hidup hanya dikenakan Yuran sekali sahaja ketika penerimaan beliau sebagai Ahli.

d.    Ahli Muda mestilah berumur di antara dua belas (12) tahun ke atas dan bawah daripada lapan belas (18) tahun dan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga mereka sebelum diterima sebagai Ahli.

7.    YURAN
Yuran adalah dikenakan kepada tiap-tiap jenis ahli melainkan Ahli Kehormat yang mana keahliannya adalah dibuat oleh Mesyuarat Agung Tahunan ataupun yang termaktub di dalam Artikel 6(b). Pembayaran yuran adalah berlainan untuk tiap-tiap jenis Ahli dan ianya dibahagikan kepada Yuran Masuk dan Yuran Tahunan. Melainkan Ahli Kehormat dan Ahli Seumur Hidup, ahli-ahli lain adalah dikenakan Yuran Tahunan.

8.    YURAN MENGIKUT KEAHLIAN
a.    Yuran Ahli Biasa
Seseorang Ahli Biasa yang memohon secara bertulis dan keahliannya diluluskan mesti membuat pembayaran seperti berikut:-

i) Yuran Masuk        -    $20.00 (RM)
ii) Yuran Tahunan    -    $12.00 (RM)
        Jumlah           -    $32.00 (RM)

b.    Yuran Ahli Muda
i) Yuran Masuk        -    $10.00 (RM)
ii) Yuran Tahunan    -    $  6.00 (RM)
        Jumlah           -    $16.00 (RM)


9.    HAK KUASA MENUKAR KADAR YURAN
Mesyuarat Agung Tahunan sahaja yang berhak menukar kadar bayaran yuran. Ianya hanya boleh dilakukan selepas mendapat undi melebihi 50% (lima puluh peratus) dari jumlah undi yang diterima.

10.    PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
a.    Seseorang ahli yang ingin berhenti dari menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.

b.    Seseorang Ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan sebelum akhir bulan Mac setiap tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Tertinggi boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

c.    Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang atau peraturan atau undang-undang kecik Pertubuhana dengan sengaja atau tidak, boleh digantung keahliannya atau dipecat dari menjadi Ahli oleh Jawatankuasa Tertinggi (diatas nasihat Jawatankuasa Kecil Disiplin/Tatatertib) setelah ahli berkenaan diberi peluang membela dirinya dan Jawatankuasa Tertinggi berpuas hati tentang kesahihan kes berkenaan. Sebelum digantung atau dipecat suatu Notis akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa melalui surat berdaftar/atau melalui Papan Notis di rumah Pertubuhan dan Rayuan mesti dibuat didalam masa empat belas (14) hari dari tarikh Notis/surst berkenaan dan pertimbangan Jawatankuasa Tertinggi mestilah dibuaty selepas tiga puluh (30) hari selepas tarikh Notis/surat berkaitan.

11.    PENAUNG
Jawatankuasa Tertinggi boleh menjemput sesiapa yang berkedudukan untuk menjadi Penaung Pertubuhan, sama ada untuk seumur hidup atau sebaliknya Yuran tidak akan dikenakan dan tidak ada hak mengundi bagi mereka tetapi mereka boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Pertubuhan.

12.    JAWATANKUASA TERTINGGI
a.    Pengurusan hal ehwal Persatuan dikuatkuasakan kepada Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada:-
-    seorang Yang Di Pertua
-    seorang Timbalan Yang Di Pertua
-    seorang Setiausaha
-    seorang Bendahari
-    7 orang Ahli Jawataknkuasa Biasa

b.    Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

c.    Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan setiap Pegawai yang dilantik menjalankan tugas pemerintahan Persatuan mestilah warganegara Malaysia.

d.    Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan mempunyai kuasa untuk memilih Jawatankuasa Kecil/Khas untuk tujuan-tujuan yang perlu.

e.    Jawatakuasa Kecil/Khas mempunyai semua kuasa yang diserahkan kepadanya tetapi hendaklah sentiasa tertakluk kepada arahan dan perintah Jawatankuasa Tertinggi/Mesyuarat Agung.

f.    Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kecil/Khas boleh menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi tetapi tidak mempunyai hak mengundi.

g.    Jawatankuasa Tertinggi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang kecil dan peraturan-peraturan kerja mengikut keperluan Pertubuhan.

h.    Jawatankuasa Tertinggi boleh melantik lain-lain Ahli Jawatankuasa jika terbit sebarang kekosongan yang disebabkan oleh pembatalan sebagaimana yang termaktub di dalam Artikel 13.

i.    Jawatankuasa Tertinggi berkuasa memberi tafsirannya terhadap undang-undang ini dan memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

j.    Jawatankuasa Tertinggi boleh menjemput mana-mana wakil dari mana-mana Jabatan/Kementerian atau pakar-pakar tertentu untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi tetapi tidak diberi hak mengundi.

13.    PEMBATALAN KEAHLIAN JAWATANKUASA TERTINGGI
Ahli-ahli akan dibatalkan daripada terus menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi jika:-

a.    Didakwa di bawah Kanun Jenayah dan jika sabit kesalahannya dan dihukum melebih satu (1) tahun penjara atau denda $2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua ribu sahaja); atau

b.    Menjadi seorang Muflis; atau

c.    Meletakkan jawatannya secara bertulis kepada LETAK JAWATAN Persatuan; atau

d.    Menjadi gila atau disahkan tidak waras fikiran; atau

e.    Jika Ahli Jawatankuasa Tertinggi  tiga (3) kali berturut-turut tanpa alas an bertulis yang memuaskan akan disifatkan sbeagai telah meletakkan jawatannya di dalam Jawatankuasa Tertinggi.


14.    TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

a.    Yang Di Pertua
Yang Di Pertua hendaklah:-
i.    Mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan mesyurat Jawatankuasa Tertinggi;
ii.    Bertanggungjawab untuk pentadbiran Pertubuhan dengan sempurna;
iii.    Menandatangani cek-cek Pertubuhan bersama-sama dengan Bendahari;
iv.    Mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan Mesyuarat bila telah diluluskan.

b.    Timbalan Yang Di Pertua
Timbalan Yang Di Pertua hendaklah:-
i.    Dengan ketiadaan Yang Di Pertua, bertindak bagi pihak Yang Di Pertua dan akan mempunyai kuasa-kuasa yang diberi kepada Yang Di Pertua;
ii.    Membantu Yang Dipertua dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan;
iii.    Mengikut arahan dan perintah Jawatankuasa Tertinggi dan Mesyuarat Agung Tahunan.

c.    Setiausaha
Setiausaha hendaklah:-
i.    Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang;
ii.    Menjalankan perintah mesyuarat-mesyuarat agung dan Jawatankuasa Tertinggi;
iii.    Menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan;
iv.    Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli;
v.    Hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat;
vi.    Dalam masa dua puluh lapan (28) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengiri Penyata Tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

d.    Bendahari
Bendahari hendaklah:-
i.    Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan Pertubuhan;
ii.    Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya;
iii.    Menyediakan Penyata Kira-kira Tahunan pada akhir Tahun Kewangan;
iv.    Menandatangani semua cek-cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Di Pertua atau Timbalan Yang Di Pertua.

e.    Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu menjalankan tugas-tugas dalam Pertubuhan.

15.    KEWANGAN
a.    Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Penubuhan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

b.    Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada dua ratus ringgi ($200/- RM) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah ini mestilah dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa Tertinggi. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

c.    Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari dan sama ada Yang Di Pertua atau Timbalan Yang Di Pertua.

d.    Perbelanjaan yang lebih daripada lima ratus ringgit ($500/- RM) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada lima ribu ringgit ($5,000/- RM) bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada lima ratus ringgi ($500/- RM) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Yang Di Pertua atau semasa ketiadaannya Timbalan Yang Di Pertua bersama Bendahari.

e.    Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik mengikut undang-undang 16, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata Kira-Kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikut dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi Pertubuhan.

f.    Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

16.    PEMERIKSA KIRA-KIRA
a.    Dua (2) orang atau lebih yang bukannya ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan boleh dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama setahun dan tidak boleh dilantik semula.

b.    Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Di Pertua memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa dalam tempoh jawatan-jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Tertinggi.

17.    PEMEGANG AMANAH
a.    Mesyuarat Agung akan melantik tiga (3) orang pengamanah yang berumur lebih daripada dua puluh satu (21) tahun dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan.

b.    Pengamanah akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dengan menandatangi suatu surat Amanah.

c.    Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar milik harta kepunyaan Pertubuhan tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.

d.    Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya dengan memuaskan.

e.    Pengamanah boleh menarik dirinya sebagai pengamanah pada bila-bila masa.

f.    Jika berlaku kekosongan pemegang amanah akibat daripada kematian, perletakan jawatan atau pembuangan, maka kekosongan itu akan dipenuhkan boleh pengamanah yang baru yang dilantik dalam mesyuarat agung.

g.    Pengamanah itu dianggap meletak kuasanya sekiranya ia meninggal dunia atau gila atau tidak siuman atau berpindah tempat atau keluar negeri selama lebih daripada satu (1) tahun.

18.    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan secepat mungkin selepas akhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac Tahun Kewangan yang baru pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi dengan tujuan-tujuan berikut:-

a.    Untuk meluluskan dan menerima laporan Jawatankuasa Tertinggi berkenaan kerja-kerja Pertubuhan di dalam tahun lalu di mana laporan tersebut hendaklah mengandungi anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan semasa.

b.    Menerima dan meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas dan mana-mana Mesyuarat Agung yang lepas.

c.    Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu berakhir 31hb Disember.

d.    Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang.

e.    Untuk membincang mana-mana usul atau perkara yang telah dikemukakan kepada Setiausaha melalui Notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat.

19.    MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA
a.    Jawatankuasa Tertinggi boleh bila mana difikirkan sesuai atas cadangannya sendiri atau kehendak 1/5 (seperlima) daripada jumlah ahli yang bnoleh mengundi.

b.    Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan dalam masa tiga pulih (30) hari dari tarikh penerimaan itu.

20.    NOTIS MESYUARAT
a.    Notis Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kuranngya empat belas (14) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. Dalam hal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan, satu Laporan kira-kira yang sudah diperiksa sehingga 31hb Disember tahunan yang lepas hendaklah dilampirkan bersama Notis berkenaan.

b.    Notis Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi hendaklah diedarkan tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

21.    KORAM
a.    Pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kehadiran sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli jawatankuasa ikut mana yang kurang bolehlah dianggap sebagai koram.
b.    Pada masa mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa, kehadiran dua (2) kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa Tertinggi atau setengah (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi, mana yang kurang, bolehlah dianggap sebagai satu koram.

c.    Jika pada tarikh dan masa yang ditetapkan untuk mana-mana Mesyuarat Agung, jumlah ahli yang hadir tidak mencukup untuk menubuhkan satu koram, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh yang lain dan tempat dan masa yang ditentukan. Pada Mesyuarat Kedua jika tiada cukup koram maka ahli yang hadir bolehlah dianggap sebagai satu koram, tetapai tidak boleh mengubah undang-undang dan membuat keputusan mengenai semua Ahli.

d.    Jika koram tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

22.    WAKIL DAN PEMERHATI
Persatuan boleh menjemput mana-mana wakil daripada Jabatan kerajaan untuk menjadi penasihat jika perlu.

23.    PENGERUSI DALAM MESYUARAT
Yang Di Pertua atau pada masa ketiadaannya, Timbalan Yang Di pertua hendaklah menjadi Pengerusi di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi, Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. Jika berlaku ketiadaan Yang Di Pertua atau Timbalan Yang Di Pertua, mereka yang hadir hendaklah memilih salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

24.    RESOLUSI
a.    Cadangan atau resolusi tidak boleh dibentangkan di dalam mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan, melainkan syarat-syarat darinya telah diberi secara bertulis kepada Setiausaha Persatuan tidak kurang dari tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

b.    Setiap Ahli berhak mengemukakan sebarang resolusi yang berkaitan dengan urusan Persatuan.

25.    MENGUNDI
a.    Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidp yang telah menjelaskan semua bayaran yuran berhak mempunyai satu (1) undi di Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. Hak ini boleh digunakan semasa mengundi dengan cara mengangkat tangan atau sekiranya perlu secara undi tertutup. Sebarang undi melalui proxi tidak akan dibenarkan.
b.    Pada masa kejadian persamaan undi, Pengerusi Mesyuarat bolehlah membuat undi pemutus selain dari undi hak dirinya.

26.    KUASA MEMBUAT UNDANG-UNDANG KECIL
Jawatankuasa Tertinggi boleh membuat dan meminda mana-mana undang-undang kecil yang difikirkan perlu untuk pengurusan, perjalanan kerja-kerja harian, peraturan, disiplin Ahli, penggunaan kemudahan, kewangan dan sebagainya demi kepentingan Persatuan untuk:-

a.    penentuan yuran-yuran lain, bila perlu, atau pembayaran lain;

b.    penggunaan Rumah Persatuan dan kemudahan di dalamnya atau di sekitarnya;

c.    peraturan dan pengurusan semua bentuk pertandingan atau permainan yang dianjurkan oleh Persatuan;

d.    akaun Ahli;

e.    perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepentingan Ahli dan Persatuan supaya tatatertib dan disiplin yang memuaskan dapat dikekalkan.

27.    PENGESAHAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KECIL
a.    Sebarang Undang-undang Kecil yang digubal hendaklah disahkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang diadakan selepas Mesyuarat di mana ianya digubal atau dipinda.

b.    Setelah mendapat pengesahan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi, semua undang-undang kecil adalah mengikat semua Ahli Persatuan semasa ianya dikuatkuasakan.

28.    INTERPRETASI
Semua interpretasi undang-undang kecil adalah hak mutlak Jawatankuasa Tertinggi dan ianya adalah muktamad.

29.    LARANGAN
a.    Permainan yang disebut di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh The Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan yang semata-mata bergantung kepada nasib.

b.    Pertubuhan atau ahli-ahlinya atau badan yang bergabung tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

c.    Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada Ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa berkenaan.

d.    Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidak boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana Ahli Pertubuhan.

e.    Seorang pelajar Universiti Kolej Kepada Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan.






Last Updated ( Saturday, 12 April 2008 17:37 )